Kilang pemborong mainan dan basikal di Kuching musnah terbakar

Foto JBPM Sarawak

KUCHING, 19 November -Sebuah kilang pemborong mainan dan basikal di Muara Tabuan Light Industries, Kuching, musnah dalam kebakaran petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua kilang bersebelahan mengalami kemusnahan kira-kira 50 peratus.
  • Sebuah lori dan sebuah kereta turut musnah dalam kejadian.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  • 20 anggota bomba dan lima jentera dari Tabuan, Batu Lintang dan Padungan dikejarkan; operasi pemadaman defensif diteruskan.

Kebakaran turut mengakibatkan dua kilang bersebelahan mengalami kemusnahan kira-kira 50 peratus.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, sebuah lori dan sebuah kereta turut musnah dalam kejadian itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“PGO menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.15 petang.

“Seramai 20 anggota bomba bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan, Batu Lintang dan Padungan dikejarkan ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemadaman dijalankan secara defensif berikutan struktur bangunan yang telah runtuh, selain bagi mengelakkan api merebak ke kilang berhampiran.

Sehingga pukul 6.15 petang, operasi pemadaman masih diteruskan oleh pasukan bomba.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.