Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 10 pagi

Foto METMalaysia

KUALA LUMPUR, 19 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di lima negeri pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran dikeluarkan pada pukul 7 pagi, cuaca buruk diramal berterusan hingga 10 pagi.
  • Kawasan terjejas termasuk Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu; Kuantan, Pekan, Rompin; Kuala Langat, Sepang; Port Dickson; Alor Gajah dan Melaka Tengah.
  • Risiko ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan terlibat.
  • Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada, elak aktiviti luar berisiko dan patuhi panduan keselamatan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada pukul 7 pagi tadi, cuaca buruk itu diramal berterusan hingga 10 pagi nanti.

“Antara kawasan yang terlibat termasuklah di Terengganu iaitu Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, dan Setiu. Di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Manakala di Selangor diramalkan berlaku di Kuala Langat dan Sepang; di Port Dickson, Negeri Sembilan dan di Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah),” jelas kenyataan berkenaan.

METMalaysia menasihatkan orang ramai di kawasan terbabit agar sentiasa berwaspada, mengelakkan diri daripada aktiviti luar yang berisiko serta terus mematuhi panduan keselamatan pihak berkuasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.