
ADEN, 15 November – Lima orang maut manakala lapan lagi cedera dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Houthi di kawasan berhampiran Aden, Yaman pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
- Kumpulan Houthi melancarkan serangan peluru berpandu.
- Serangan menyasarkan pusat pemeriksaan keselamatan di Khor Omeira, wilayah Lahj.
- Empat sumber memaklumkan kepada AFP mengenai sasaran serangan tersebut.
- Tiga sumber tentera dan seorang sumber kerajaan mengesahkan jumlah korban.
Empat sumber memaklumkan AFP bahawa serangan itu menyasarkan sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di Khor Omeira, wilayah Lahj.
Tiga sumber tentera dan seorang sumber kerajaan yang enggan dikenali mengesahkan jumlah korban dalam serangan berkenaan. -AFP