
KUALA LUMPUR, 15 November – Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat meletakkan calon untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
- BN tidak akan meletakkan calon untuk bertanding sebarang kerusi DUN di Sarawak pada PRN akan datang.
- Keputusan itu selaras dengan persefahaman politik antara UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
- Ahmad Zahid menegaskan UMNO dan BN tidak pernah berhasrat meletakkan mana-mana calon di negeri itu.
- Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian dan undi awal pada 8 Disember.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu selaras dengan persefahaman politik antara UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak.
“BN tidak ada niat untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN di Sarawak kerana inilah persefahaman antara UMNO dan PBB di negeri itu.
“UMNO dan BN tidak pernah berhasrat untuk meletakkan mana-mana calon dalam pilihan raya negeri di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP), di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian PRN Sarawak, manakala undi awal pada 8 Disember.