Ganjaran SHAKAM jadi rezeki bermakna buat Nik Muhammad Aiman

Foto FB KONFEDERASI HOKI MALAYSIA (KHM)

PUTRAJAYA, 15 November – Kenaikan ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi acara berpasukan hadir tepat pada masanya buat pemain hoki kebangsaan, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, yang bakal menimang cahaya mata sulung minggu depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menyambut baik penambahbaikan kadar ganjaran KBS sebagai pengiktirafan pengorbanan dan komitmen atlet acara berpasukan.
  • Berterima kasih kepada KBS atas pemberian insentif dan menganggapnya rezeki yang disyukuri.
  • Tidak terlalu memikirkan perbezaan ganjaran antara individu dan berpasukan, sentiasa menerima rezeki dengan kesyukuran.
  • Skuad hoki lelaki mara ke final Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 dan meraih pingat perak selepas tewas kepada India.

Meskipun belum mempunyai perancangan khusus untuk menggunakan insentif berkenaan, Nik Muhammad Aiman menyifatkan peningkatan ganjaran itu sebagai rezeki tambahan yang sedikit sebanyak dapat membantu persiapan menyambut anggota baharu keluarganya.

Beliau turut menyambut baik penambahbaikan kadar ganjaran oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap pengorbanan serta komitmen atlet dalam acara berpasukan.

“Sangat bersyukur kerana KBS dapat memberikan insentif dan nampaklah perjuangan kumpulan berpasukan ini. Jadi alhamdulillah saya berterima kasih kepada KBS ” katanya

Beliau menyatakan perkara berkenaan selepas aksi terakhir Liga Hoki Malaysia (MHL) Premier 2026 di Stadium Hoki TNB, Putrajaya, semalam.

Mengulas perbezaan kadar ganjaran sebelum ini antara atlet acara individu dan berpasukan, Nik Muhammad Aiman berkata beliau tidak pernah terlalu memikirkan perkara itu, sebaliknya sentiasa menerima setiap rezeki dengan penuh kesyukuran.

Terdahulu, skuad hoki lelaki kebangsaan mencipta sejarah apabila mara ke final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sebelum meraih pingat perak selepas tewas kepada India.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.