Ab Rauf angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka

Foto RTM

AYER KEROH, 15 November – Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Dr. Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Istiadat berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam sekitar pukul 12.10 tengah hari.
  • Majlis diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka.
  • Beliau mengekalkan kerusi DUN Tanjung Bidara dengan majoriti 8,615 undi menewaskan calon Pakatan Harapan.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Rahsia berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, kira-kira pukul 12.10 tengah hari tadi.

Istiadat berkenaan berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri
Melaka.

Datuk Seri Dr. Ab Rauf kemudian menandatangani Suratcara Pelantikan dan dokumen berkaitan, disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh serta Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk D.J.P. Suria Kumar.

Dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16, Datuk Seri Dr. Ab Rauf mengekalkan kerusi DUN Tanjung Bidara dengan majoriti 8,615 undi selepas menewaskan calon Pakatan Harapan, Mohd Yunazri Mustamiri.

Kemenangan itu menyaksikan beliau meneruskan penggal kedua sebagai ADUN Tanjung Bidara, selain kembali menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.