PGA rampas 50,000 batang rokok tidak bercukai di Pasir Puteh

Antara 50,000 batang rokok putih tidak bercukai dirampas PGA Briged Tenggara dalam serbuan sebuah rumah di Pasir Puteh/Foto PGA Briged Tenggara

PASIR PUTEH, 15 November – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 50,000 batang rokok putih tidak bercukai bernilai RM93,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki warga Pakistan, 36, ditahan oleh PGA dalam serbuan berhubung kes rokok tidak bercukai.
  • Rokok tidak bercukai ditemui dalam beberapa bungkusan guni di bahagian belakang sebuah MPV di rumah suspek.
  • PGA merampas kereta, anak kunci, telefon bimbit dan pasport; kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Seorang lelaki warga Pakistan berusia 36 tahun turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, rokok berkenaan ditemukan dalam beberapa bungkusan guni di bahagian belakang sebuah kereta pelbagai guna (MPV) yang diletakkan di rumah terbabit.

“Hasil soal siasat awal mendapati lelaki itu sudah menetap di Malaysia hampir 13 tahun dan bekerja sebagai peniaga. Dia juga berkahwin dengan wanita warga Malaysia serta mempunyai empat anak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana menyimpan rokok putih tidak bercukai di kediamannya/Foto PGA Briged Tenggara

Tambah beliau, rokok tidak bercukai itu dipercayai diperoleh daripada seorang pembekal untuk memenuhi tempahan mengikut permintaan.

PGA turut merampas kereta suspek bersama anak kunci, sebuah telefon bimbit dan pasport milik lelaki terbabit.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM125,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.