Keputusan rasmi PRN Melaka: BN menang 21 kerusi, PH 4, PN 3 – Pengerusi SPR

Sidang media Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun (tengah)/Foto RTM

AYER KEROH, 14 November – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)secara rasmi memenangi 24 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seramai 493,573 pengundi atau 71.77 peratus telah mengundi pada PRN Melaka ke-16.
  • Proses pengundian dilaporkan berlangsung secara bebas, adil dan telus oleh Pengerusi SPR.
  • SPR merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri, PDRM, SPRM, agensi keselamatan, kementerian, jabatan, media dan sukarelawan.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun, PRN Melaka merekodkan sebanyak 71.77 peratus atau 493,573 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Pada PRN Melaka kali ini, seramai 493,573 orang atau 71.77 peratus telah mengundi. Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau memaklumkan proses pengundian juga berlangsung secara bebas, adil dan telus.

Dalam pada itu, SPR merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), agensi keselamatan, kementerian dan jabatan kerajaan serta semua pihak yang terlibat.

“Penghargaan turut diberikan kepada pihak media dan sukarelawan atas kerjasama serta bantuan yang diberikan bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses pilihan raya berkenaan,” jelas beliau lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.