Teknologi digital medium LANGKAWIfm dekati audiens

Datuk Ashwad Ismail

LANGKAWI, 13 November – Sebagai radio rasmi di pulau pelancongan Langkawi, LANGKAWIfm perlu terus menyesuaikan pendekatan penyiarannya dengan perkembangan teknologi digital, khususnya menerusi penggunaan media sosial bagi mendekati audiens yang lebih luas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh hubungan dengan pendengar tempatan dan memperkenalkan LANGKAWIfm kepada pelancong domestik serta antarabangsa.
  • Perkembangan teknologi dan perubahan corak penggunaan media menuntut kreativiti dalam menghasilkan kandungan relevan serta menarik.
  • LANGKAWIfm berperanan mempromosi keunikan, keistimewaan dan produk pelancongan Langkawi kepada khalayak lebih luas.
  • Beliau mengucapkan penghargaan kepada pendengar dan penonton; sokongan mereka menjadi pemangkin RTM memperkukuh industri dan kekal relevan.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Ashwad Ismail berkata, pendekatan itu bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan dengan pendengar tempatan, malah membuka ruang untuk memperkenalkan LANGKAWIfm kepada pelancong domestik dan antarabangsa yang berkunjung ke pulau berkenaan.

“Perkembangan teknologi dan perubahan corak penggunaan media menuntut LANGKAWIfm untuk lebih kreatif dalam menghasilkan kandungan yang relevan, menarik serta memenuhi keperluan audiens masa kini.

“Pendekatan itu sekali gus membolehkan LANGKAWIfm memainkan peranan lebih besar dalam mempromosikan keunikan, keistimewaan serta produk pelancongan Langkawi kepada khalayak lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu menerusi segmen Ekspresi di konti LANGKAWIfm di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pendengar serta penonton yang sentiasa memberikan sokongan kepada RTM.

Sokongan tersebut menjadi pemangkin kepada RTM untuk terus memperkukuh industri penyiaran, mendepani perubahan landskap media dan kekal relevan sebagai pilihan masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.