
KANGAR, 13 November – Pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sedang berusaha mengesan waris Allahyarham Bashori Hasan.
RINGKASAN BERITA AI
- Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober di Hospital Tuanku Fauziah.
- Jenazah kini berada di Unit Forensik HTF; alamat terakhir Jalan Santan 2, Taman Santan 2, Kangar.
- Orang ramai atau waris diminta hadir ke Unit Forensik atau hubungi Unit Perhubungan Awam HTF di 04-9738000.
HTF menerusi kenyataan memaklumkan, Allahyarham Bashori telah disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober lalu di hospital berkenaan.
“Jenazah kini berada di Unit Forensik, HTF. Alamat terakhir Allahyarham ialah No. 22, Jalan Santan 2, Taman Santan 2, 01000 Kangar, Perlis.
“Pihak Hospital Tuanku Fauziah memohon orang ramai yang mengenali Allahyarham Bashori dan waris untuk hadir ke Unit Forensik, HTF atau menghubungi Unit Perhubungan Awam HTF di talian 04-9738000,” menurut kenyatan itu.
HTF turut mendahului penghargaan kepada orang ramai dalan usaha membantu membuat hebahan berhubung perkara itu.