
AYER MOLEK, 12 November – Barisan Nasional (BN) tidak pernah mempersoal mahupun menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Semua menteri BN tidak pernah menyatakan ketidaksetujuan terhadap dasar Kerajaan Perpaduan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
- Tiada perbezaan pendapat antara menteri BN dan Perdana Menteri dalam mesyuarat kabinet, menurut Zahid.
- Beliau menjawab gesaan supaya meletak jawatan jika tiada keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada.
- Zahid ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan bersama JPKK Melaka di Ayer Molek.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan perkara itu terbukti apabila semua menteri daripada BN, tidak pernah menyatakan bantahan terhadap dasar kerajaan serta memperlihat perbezaan pendapat dengan Datuk Seri Anwar dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Sepanjang mesyuarat Jemaah Menteri diadakan, tidak pernah sekali mana-mana menteri daripada BN menyatakan ketidaksetujuan terhadap dasar Kerajaan Perpaduan atau berbeza pendapat dengan Perdana Menteri. Semua menteri menyaksikan perkara ini,” katanya.
Beliau mengulas mengenai gesaan yang meminta dirinya meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan bersama JPKK Melaka, Ayer Molek.