Letupan di kilang keluli Turki ragut 17 nyawa

Letupan di kilang keluli HABAS, Aliaga, barat Turki / Foto AFP

ANKARA, 10 November – Seramai 17 orang maut manakala 13 lagi cedera dalam letupan di kilang keluli HABAS di Aliaga, barat Turki, pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan berlaku ketika penggantian dandang apabila sebuah kren runtuh ke dalam relau penuangan keluli cair.
  • Kabel kren terputus menyebabkan kira-kira 120 tan keluli cair jatuh lalu meletup apabila bersentuhan dengan air sistem penyejukan.
  • Presiden Erdogan berikrar siasatan bagi mengenal pasti punca termasuk kemungkinan kecuaian dan pihak bertanggungjawab.
  • Akhbar melaporkan sekurang-kurangnya 11 maut di kilang dalam 10 tahun; pekerja merancang bantahan tuntut penambahbaikan keselamatan.

Menteri Kesihatan, Kemal Memisoglu berkata, jumlah korban meningkat kepada 17 selepas seorang mangsa yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia.

Gabenor Izmir, Suleyman Elban berkata, letupan berlaku ketika kerja penggantian dandang dijalankan, apabila sebuah kren runtuh ke dalam relau industri yang digunakan untuk proses penuangan keluli cair.

Seorang pekerja, Yasin Cetiner, 52 tahun, berkata kabel kren terputus menyebabkan kira-kira 120 tan keluli cair terjatuh ke dalam relau sebelum mencetuskan letupan apabila bersentuhan dengan air daripada sistem penyejukan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berikrar memastikan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk kemungkinan berlaku kecuaian dan pihak yang bertanggungjawab.

Sementara itu, kumpulan pekerja dan parti politik menggesa siasatan telus serta tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab, dengan mendakwa kilang berkenaan mempunyai rekod keselamatan pekerjaan yang bermasalah.

Akhbar Evrensel melaporkan sekurang-kurangnya 11 pekerja maut di kilang itu sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

Susulan tragedi itu, pekerja merancang mengadakan bantahan di Aliaga pada Selasa bagi mendesak penambahbaikan aspek keselamatan di tempat kerja.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.