Lebih 2,000 PMKS terima penarafan SCORE

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 November – Seramai 2,193 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menerima penarafan menerusi program SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE) kendalian SME Corporation Malaysia (SME Corp), setakat September lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usahawan diberi penarafan 1 hingga 5 bintang berdasarkan tahap keupayaan dan daya saing masing-masing.
  • Penilaian SCORE merangkumi prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, pengurusan modal insan, pemasaran dan operasi.
  • Penarafan membantu usahawan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dan meyakinkan rakan perniagaan.
  • SME Corp akan melaksanakan intervensi bersesuaian untuk meningkatkan prestasi serta keupayaan perniagaan jika kelemahan dikenal pasti.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin berkata, setiap usahawan yang berdaftar di bawah program itu diberikan penarafan antara satu hingga lima bintang berdasarkan tahap keupayaan dan daya saing masing-masing.

Penilaian SCORE merangkumi beberapa aspek utama termasuk prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, pengurusan modal insan, pemasaran serta operasi perniagaan.

“Usahawan yang berdaftar mengikuti program di bawah SCORE ini akan memiliki kelebihan termasuklah mengenal pasti kekuatan serta kelemahan perniagaan.

“Penarafan yang mereka terima seperti dua bintang, tiga bintang, empat atau lima bintang secara tidak langsung dapat menyakinkan rakan perniagaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan semasa persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Datuk Mohamad, SME Corp akan melaksanakan intervensi bersesuaian bagi meningkatkan prestasi serta keupayaan perniagaan sekiranya sebarang kelemahan dikenal pasti.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.