Malaysia teliti potensi teknologi nuklear


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang

KUALA LUMPUR, 5 November – Kerajaan sedang menilai potensi penggunaan tenaga nuklear sebagai salah satu pilihan untuk memperkukuh campuran tenaga negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

RINGKASAN BERITA AI
  • Penilaian terukur mengambil kira pengalaman beberapa dekad penggunaan teknologi nuklear aman dalam perubatan, pertanian, industri dan pemantauan alam sekitar.
  • Pendekatan serantau berasaskan kesaksamaan dan manfaat bersama; fleksibiliti menyokong pembangunan teknologi nuklear yang selamat, teratur dan bertanggungjawab.
  • Program dikendalikan MyPOWER sebagai NEPIO di bawah PETRA; MOSTI sertai pasukan teknikal menilai kesiapsiagaan perundangan, kawal selia, teknologi dan modal insan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, penilaian itu dilaksanakan secara terukur dengan mengambil kira pengalaman Malaysia selama beberapa dekad dalam penggunaan teknologi nuklear secara aman bagi sektor bukan tenaga, termasuk perubatan, pertanian, industri dan pemantauan alam sekitar.

“Penglibatan serantau hendaklah berasaskan kesaksamaan, manfaat bersama serta menghormati keadaan kebangsaan dan keutamaan pembangunan setiap negara.

“Pendekatan fleksibel dapat menyokong pembangunan teknologi nuklear yang selamat, teratur dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada Forum China-ASEAN Mengenai Penggunaan Teknologi Nuklear Secara Aman, di sini.

Tambah beliau, penggunaan teknologi nuklear secara aman, sama ada bagi aplikasi bukan tenaga mahupun sebagai pilihan tenaga rendah karbon, berpotensi menyumbang kepada usaha menangani cabaran perubahan iklim.

Bagaimanapun, keyakinan awam dan aspek keselamatan perlu kekal sebagai keutamaan dalam setiap usaha pembangunan teknologi berkenaan.

“Program kebangsaan berkenaan diselaraskan oleh MyPOWER Corporation selaku Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear (NEPIO) di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

“MOSTI pula menganggotai pasukan petugas teknikal yang bertanggungjawab meneliti aspek kesiapsiagaan perundangan, kawal selia, teknologi dan pembangunan modal insan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.