
KUALA LUMPUR, 4 November – Selangor menerima peruntukan RM5.77 juta bagi melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi Usahawan Bumiputera Mikro, Kecil dan Sederhana menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 2027.
- Program mengambil kira modul dan aktiviti keusahawanan sedia ada dalam merangka pelaksanaan.
- Menyalurkan peruntukan untuk memperluas pelaksanaan program dan capaian sokongan keusahawanan.
- Memanfaatkan kepakaran serta modul sedia ada untuk kembangkan usahawan Bumiputera perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peruntukan itu mengambil kira modul serta aktiviti pembangunan keusahawanan sedia ada yang telah dibangunkan di negeri berkenaan.
“Kita mempertimbang pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Usahawan Bumiputera Mikro, Kecil dan Sederhana dengan peruntukan sebanyak RM5.77 juta.
“Program ini turut mengambil kira aktiviti keusahawanan bermodul yang telah dibangunkan di Selangor, sekali gus membuka peluang untuk kita menyalurkan peruntukan kepada PKNS bagi memperluas pelaksanaannya,”katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat.
Menurutnya, pelaksanaan program itu turut memanfaatkan kepakaran dan modul sedia ada bagi memperluas peluang pembangunan usahawan Bumiputera, khususnya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.