Pelaburan asing perlu beri manfaat kepada syarikat tempatan – TPM Fadillah

Foto RTM

KUALA LINGGI, 4 November – Pelaburan asing dalam sektor tenaga negara perlu melibatkan syarikat tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keutamaan kepada pemain industri tempatan dalam keseluruhan rantaian nilai termasuk pembekalan dan peluang kejuruteraan.
  • Kerjasama asing perlu membuka peluang kepada syarikat serta tenaga profesional tempatan, bukan sekadar modal dan teknologi.
  • Pelabur mesti melatih tenaga kerja tempatan untuk pemindahan teknologi dan meninggalkan kepakaran yang memberi manfaat jangka panjang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keutamaan perlu diberikan kepada pemain industri tempatan dalam keseluruhan rantaian nilai, termasuk aspek pembekalan dan peluang kejuruteraan.

Katanya, kerjasama yang dibangunkan bukan sekadar membawa masuk modal dan teknologi, sebaliknya perlu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat serta tenaga profesional tempatan.

“Dan saya mengharapkan lebih banyak syarikat dan pelabur dari luar melabur di Malaysia, bukan sahaja mencari rakan kongsi tempatan, malah melibatkan keseluruhan rantaian nilai, termasuk aspek pembekalan dan sebagainya, dengan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan.

“Pada masa sama, mereka perlu melatih tenaga kerja tempatan supaya berlaku pemindahan teknologi dan meninggalkan kepakaran yang dapat dimanfaatkan bagi memastikan pelaburan mereka bukan sahaja membantu membangunkan negara, malah turut mengangkat syarikat dan rakyat tempatan bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis CGNEI Gas Turbine Power Generation Conference 2026 di EDRA Melaka Power Plant, Kuala Sungai Baru.

Tambahnya, kerjasama strategik dengan pelabur antarabangsa termasuk CGN Energy International Holdings dan Edra Energy turut penting dalam memperkukuh keupayaan industri tenaga tempatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.