Zakat korporat McDonald’s Malaysia cecah RM16 juta sejak 2017

Antara penerima Kotak Rezeki/Foto RTM

PUTRAJAYA, 4 November – McDonald’s Malaysia menunaikan zakat korporat sebanyak RM2 juta bagi tahun 2026, menjadikan jumlah keseluruhan zakat yang dibayar syarikat itu sejak 2017 mencecah RM16 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • McDonald's salurkan RM300,000 kepada PPZ-MAIWP untuk bantu asnaf Wilayah Persekutuan.
  • Program jelajah zakat mendekati penerima, serahkan kotak rezeki, tawar peluang pekerjaan dan sumbang komputer riba.
  • 80 keluarga terima Kotak Rezeki dan 15 komputer riba disumbang kepada pelajar Kolej Profesional MAIWP.
  • Agihan 2,800 hidangan percuma serta lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan tahunan oleh 385 restoran tunjuk komitmen CSR.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM300,000 disalurkan kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.

Zakat berkenaan diserahkan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Datuk Abdul Hakim Amir Osman, dengan disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Sumber Manusia McDonald’s Malaysia Azhar Darbi berkata penyerahan zakat secara jelajah ke seluruh negara bukan sekadar memenuhi tanggungjawab korporat, malah menjadi platform untuk mendekati penerima dan memahami keperluan komuniti setempat.

‘Kita menjelajah ke semua negeri untuk membayar zakat dengan tujuan untuk mendekati penerima-penerima zakat. Dengan mendekati mereka, kita bukan setakat menyampaikan bayaran zakat korporat.

‘Kita juga menyampaikan kotak rezeki kepada mereka dan juga menawarkan peluang-peluang pekerjaan dan menyampaikan sumbangan seperti komputer riba kepada pelajar-pelajar setempat. Dalam masa yang sama, restoran-restoran yang beroperasi di kawasan setempat juga mengedarkan makanan yang percuma”, katanya ketika ditemui RTM.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 80 keluarga asnaf di Putrajaya menerima sumbangan Kotak Rezeki, manakala 15 komputer riba disumbangkan kepada pelajar asnaf Kolej Profesional MAIWP bagi membantu keperluan pembelajaran mereka.

Inisiatif itu disambut baik penerima bantuan, khususnya pelajar yang memerlukan kemudahan teknologi bagi menyokong proses pembelajaran.

Bagi pelajar Kolej Profesional Maiwp Nurul Sarah Atiqah Arasat Abdullah, sumbangan seperti ini dapat meberikan sokongan fizikal dan moral amat bermakna dalam membakar semangat untuk menggapai impian akademik.

“Bantuan komputer riba ini amat bermakna dan pastinya dapat membantu saya dalam urusan pembelajaran”.

Penerima sumbangan kotak rezeki Rusma Adnan, 57 tahun pula berkata sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Pada usia sekarang, dengan faktor kesihatan dan kesukaran untuk kembali bekerja selepas bersara daripada sektor swasta, bantuan seperti ini amat bermakna bukan sahaja kepada saya, malah semua penerima yang terpilih”, ujarnya.

Selain bantuan secara langsung, McDonald’s Malaysia turut melaksanakan program tuisyen percuma untuk pelajar B40 dan asnaf, bantuan persekolahan serta program sambutan hari jadi bagi anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Sempena majlis penyerahan zakat itu, sebanyak 2,800 hidangan percuma turut diagihkan kepada komuniti menerusi empat restoran McDonald’s di sekitar Putrajaya, Setiawangsa, Sentul dan Desa Pandan.

Sempena majlis berkenaan, sebanyak 2,800 hidangan percuma turut diagihkan kepada komuniti menerusi empat restoran McDonald’s di sekitar Putrajaya, Setiawangsa, Sentul dan Desa Pandan.

McDonald’s Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya melaksanakan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun menerusi rangkaian 385 restorannya di seluruh negara.

Usaha itu mencerminkan komitmen syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat yang bukan sahaja tertumpu kepada bantuan kewangan, malah merangkumi pembangunan pendidikan, kemahiran dan kesejahteraan golongan memerlukan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.