PRN Melaka: Usahawan kecil B40 perlu sokongan – Calon Paya Rumput

Datuk Azman Abidin menyantuni pengunjung dan peniaga di Paya Rumput semalam/ RTM

KRUBONG, 4 November- Kos sara hidup dan keperluan sokongan kepada usahawan kecil antara isu yang dibangkitkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ramai penduduk B40 menjalankan perniagaan kecil termasuk gerai untuk menampung kehidupan.
  • Bantuan seperti Geran Sejati MADANI boleh dimanfaatkan untuk menyokong usahawan kecil terus berniaga.
  • Perlu perhatian khusus untuk memastikan sokongan sesuai dengan keperluan golongan usahawan kecil.
  • Usaha mengenal pasti masalah sebenar penduduk penting agar bantuan disalurkan tepat kepada yang memerlukan.

Beliau berkata sebahagian penduduk berpendapatan rendah di kawasan itu turut menjalankan perniagaan kecil-kecilan, termasuk mengusahakan gerai bagi menampung kehidupan.

Katanya, bantuan seperti Geran Sejati MADANI boleh dimanfaatkan bagi membantu golongan berkenaan meneruskan perniagaan.

“Apa yang saya lihat, kebanyakan penduduk Paya Rumput daripada golongan B40 turut terdiri daripada usahawan kecil yang mengusahakan gerai.

“Saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian dan saya perlu melihat bagaimana golongan ini boleh dibantu,” katanya.

Beliau berkata usaha mengenal pasti masalah sebenar penduduk penting bagi memastikan bantuan yang disalurkan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.