
KUALA PILAH, 3 November – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila kereta dipandu terkena beberapa tong gas yang terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Kuala Pilah-Melang, berhampiran Kolej Jururawat, pagi tadi.
- Mangsa warga emas terselamat tanpa kecederaan dalam kejadian tersebut.
- Pemandu treler berusia 31 tahun juga tidak mengalami kecederaan.
- Kejadian menyebabkan kerosakan kenderaan dan disiasat bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Mangsa yang berusia lingkungan 80-an, bagaimanapun terselamat tanpa kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Nissan Almera berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Taman Desa Melang.
Setibanya di lokasi, beberapa tong gas tiba-tiba terjatuh daripada treler yang berada di laluan bertentangan lalu terkena kereta terbabit.
Pemandu treler lelaki berusia 31 tahun juga tidak mengalami kecederaan.
Kejadian hanya menyebabkan kerosakan kenderaan.
Kes disiasat mengikut Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.