Serangan udara Saudi ragut 17 nyawa di Yaman

Foto AFP

SANAA, 3 November – Seramai 17 orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Arab Saudi di Yaman sepanjang dua hari minggu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Kesihatan Houthi memaklumkan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.
  • Kumpulan mendakwa serangan menyasarkan rumah kediaman, kawasan perumahan dan pasar.
  • Jurucakap Houthi Yahya Saree mendakwa Riyadh melancarkan 109 serangan udara dalam 24 jam merentasi beberapa wilayah.
  • PBB memaklumkan lebih 1,600 terbunuh dan lebih 300,000 kehilangan tempat tinggal sejak pertempuran kembali tercetus.

Kementerian Kesihatan Houthi dalam satu kenyataan memaklumkan, kebanyakan mangsa yang terkorban ialah kanak-kanak.

Kumpulan itu mendakwa serangan berkenaan menyasarkan rumah kediaman, kawasan perumahan dan pasar.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree mendakwa, Riyadh melancarkan 109 serangan udara dalam tempoh 24 jam, membabitkan wilayah Saada, Taiz, Lahj, Al-Jawf dan Hodeidah.

Kumpulan itu turut mendakwa melancarkan serangan menggunakan dron ke atas beberapa lapangan terbang di bahagian timur dan selatan Arab Saudi.

Yaman dilanda konflik sejak 2014 selepas kumpulan Houthi menawan ibu negara, Sanaa. Setahun kemudian, gabungan tentera pimpinan Arab Saudi campur tangan dalam konflik itu bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Gencatan senjata yang dicapai pada 2022 dilaporkan gagal pada Julai lalu. Pada September, kumpulan Houthi melancarkan serangan bagi menguasai Selat Bab al-Mandeb, laluan strategik yang menghubungkan Eropah dan Asia melalui Laut Merah serta Terusan Suez.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, lebih 1,600 orang terbunuh manakala lebih 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal sejak pertempuran kembali tercetus di negara yang berdepan kemiskinan itu. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.