Empat nelayan positif dadah ditahan di perairan Tanjung Emas

Foto Maritim Malaysia

MUAR, 3 November – Empat nelayan yang positif dadah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di perairan Tanjung Emas di sini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ujian saringan air kencing mendapati tiga positif syabu dan seorang positif ganja.
  • Mereka diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283).
  • Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pekerja laut berisiko kepada kru, vesel dan pengguna laut lain.

Kesemua mereka yang berusia antara 30 hingga 39 tahun diberkas hasil pemeriksaan ke atas enam vesel nelayan tempatan.

Pengarah Maritim Zon Batu Pahat, Mohammad Zaini Zainal dalam kenyataannya berkata, ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada mereka positif syabu manakala seorang lagi ganja.

“Mereka kemudiannya diserahkan kepada AADK bagi tindakan lanjut mengikut peruntukan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283).

“Penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti yang bekerja di laut boleh mendatangkan risiko kepada kru, vesel dan pengguna laut lain,” tegasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.