18 terbunuh dalam serangan udara Rusia di Ukraine

Foto X Volodymyr Zelenskyy / Володимир Зеленський

KIEV, 3 November – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam beberapa serangan udara Rusia ke atas sebuah kampung di wilayah Zaporizhzhia, tenggara Ukraine pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan kediaman dibedil beberapa kali dengan bom udara sejak pagi.
  • Serangan menyasarkan sebuah sekolah yang digunakan untuk tujuan kemanusiaan dan agihan bantuan.
  • Presiden Zelensky menyifatkan serangan itu amat dahsyat; kematian dilaporkan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menyifatkan serangan itu sebagai tindakan yang amat dahsyat.

“Sejak pagi tadi, kawasan kediaman itu telah beberapa kali dibedil menggunakan bom udara.

“Serangan itu menyasarkan sebuah sekolah yang digunakan bagi tujuan kemanusiaan, iaitu tempat orang ramai menerima bantuan.

“Malangnya, setakat ini 18 kematian telah dilaporkan,” katanya menerusi media sosial. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.