Bekalan makanan dijamin mencukupi untuk tempoh enam bulan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 November – Tiada keperluan untuk kerajaan mengambil langkah kecemasan bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan barangan keperluan asas ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tahap keterjaminan makanan dan kapasiti simpanan negara mencukupi untuk tempoh enam bulan akan datang.
  • Pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan bekalan makanan dan barangan asas terkawal dan mencukupi.
  • Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh memastikan keperluan asas rakyat termasuk barangan harian dipenuhi.
  • Kenyataan susulan laporan antarabangsa yang 33 negara menggalakkan simpanan menghadapi ancaman global seperti konflik dan cuaca ekstrem.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berikutan tahap keterjaminan makanan serta kapasiti simpanan bekalan sedia ada negara mencukupi sehingga tempoh enam bulan akan datang.

Bagaimanapun pemantauan berterusan akan dilakukan dalam memastikan bekalan makanan dan barangan asas sentiasa berada pada paras yang mencukupi dan terkawal.

“Kita tidak nampak adanya keperluan ke arah itu sebab dari segi keterjaminan makanan dan tahap simpanan mencukupi.”

“Sekurang-kurangnya dari segi keterjaminan makanan, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keperluan asas rakyat dan mereka yang berada di Malaysia ini, termasuk barangan keperluan harian, mencukupi.

“Kita tidak berada dalam keadaan darurat dan insya-Allah, masih jauh daripada situasi sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kerjasama Malaysia – China Dalam Pelaburan, Perdagangan & Pemerkasaan Ekonomi di ibu negara.

Beliau berkata yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara mengulas laporan media antarabangsa berhubung sebanyak 33 negara di seluruh dunia dikenal pasti telah mengeluarkan panduan menggalakkan rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air minuman dan barangan keperluan asas bagi menghadapi kemungkinan kecemasan.

Langkah itu diambil susulan dunia kini berdepan pelbagai ancaman, termasuk konflik peperangan, cuaca ekstrem, gangguan bekalan elektrik dan serangan siber.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.