Banjir kilat landa kawasan perumahan di Arizona

Foto hiasan janaan AI

ARIZONA, 2 November – Paras air Sungai Granite Creek di Prescort meningkat hingga 11 kaki pada awal Ahad, menyebabkan kawasan taman dan perumahan di Yavapai County dilanda banjir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hujan lebat berterusan mencetuskan amaran banjir kilat berbahaya di kawasan berkenaan.
  • Polis Prescott nasihatkan penduduk elakkan jalan; beberapa laluan merentasi sungai ditutup.
  • NWS Flagstaff ramal 3 hingga 4 inci hujan, 1 hingga 2 inci sejam menyumbang kepada banjir kilat.
  • Amaran banjir kekal sehingga 5 pagi Isnin; rakaman tunjukkan air deras membanjiri taman dan perumahan.

Keadaan itu berlaku susulan hujan lebat berterusan yang mencetuskan amaran banjir kilat berbahaya di kawasan berkenaan.

Polis Prescott menasihatkan penduduk supaya mengelakkan jalan raya berikutan beberapa laluan merentasi sungai terpaksa ditutup.

Jalan Sixth Street berhampiran Granite Creek Park turut ditutup, manakala beberapa laluan ke Ponderosa Park tidak dapat dilalui.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) di Flagstaff, jumlah hujan antara tiga hingga empat inci dijangka direkodkan di sekitar Prescott.

Manakala, hujan lebat antara satu hingga dua inci sejam turut menyumbang kepada kejadian banjir kilat di Yavapai County.

Hujan dijangka berterusan dan amaran banjir kekal berkuat kuasa sehingga pukul 5 pagi waktu tempatan pada Isnin, 2 November.

Hujan lebat menyebabkan banjir kilat melanda kawasan taman dan perumahan di Prescott, Arizona, pada Jumaat, selepas paras air sungai meningkat hingga mencetuskan amaran banjir berbahaya di beberapa kawasan di Yavapai County.

Rakaman di lokasi menunjukkan air deras melimpah ke kawasan taman serta membanjiri kawasan perumahan. Beberapa laluan turut ditutup kepada orang ramai berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.-VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.