
KUALA LUMPUR, 1 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa bertemu empat pelumba muda negara, iaitu Hakim Danish, Qabil Irfan, Qayyim Razin dan Naqib Rifqi, bagi menyampaikan kata-kata semangat serta dorongan agar mereka terus berusaha mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
- Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pelumba yang menamatkan saingan Moto3 di tempat keempat.
- Beliau menyuntik semangat agar pelumba terus berusaha dan jangan patah semangat.
- Masih ada baki perlumbaan untuk mereka cuba melangkah lebih jauh.
- Beliau berharap mereka akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak Malaysia.
Menerusi pertemuan itu, Datuk Seri Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Hakim Danish atas kejayaannya menamatkan saingan Moto3 di tempat keempat.
“Sempat juga ucap tahniah kepada Hakim Danish kerana menamatkan saingan Moto3 di tempat keempat! Teruskan usaha dan jangan patah semangat, masih ada baki perlumbaan untuk cuba melangkah lebih jauh.
“Semoga suatu hari nanti kalian pula menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak Malaysia untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.