Kapal tangki Qatar diserang di perairan Teluk

Peta perairan Teluk di Selat Hormuz/ NASA (Foto kecil: Kapal Al Mayeda/VesselFinder)

DOHA, 1 November- Sebuah kapal tangki gas asli cecair (LNG) milik Qatar diserang menggunakan objek tidak dikenal pasti ketika belayar di perairan Teluk pada Jumaat malam, menurut agensi berita rasmi negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal Al Mayeda milik Qatar Gas Transport Company dilaporkan menjadi sasaran serangan.
  • Tiada anak kapal cedera dan serangan tidak menyebabkan kesan terhadap alam sekitar.
  • Syarikat mengesahkan kapal berada dalam keadaan selamat dan masih beroperasi.
  • Iran dilaporkan menyasarkan kapal untuk menegaskan kawalan laluan, AS kenakan sekatan, Qatar tingkatkan usaha diplomatik.

Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan kapal Al Mayeda, milik Qatar Gas Transport Company, menjadi sasaran serangan berkenaan.

Tiada anak kapal yang cedera dalam kejadian itu dan serangan berkenaan tidak menyebabkan sebarang kesan terhadap alam sekitar.

Menurut syarikat berkenaan, kapal itu berada dalam keadaan selamat dan masih beroperasi.

Sejak perang di Asia Barat tercetus pada Februari lalu, Iran dilaporkan menyasarkan kapal-kapal di Selat Hormuz dan perairan Teluk yang lebih luas dalam usaha menegaskan kawalannya terhadap laluan perkapalan.

Iran turut menyatakan kapal perlu mendapatkan kebenarannya untuk melalui laluan berkenaan.

Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan terhadap pelabuhan Iran.

Qatar, yang bertindak sebagai pengantara dalam konflik berkenaan, meningkatkan usaha diplomatik sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi menghidupkan semula rundingan antara AS dengan Iran. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.