Dadah: Suami isteri ditahan

Foto RTM

JASIN, 1 November – Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki berperanan sebagai orang tengah bagi penghantaran bekalan dadah di sekitar Melaka sejak Oktober lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemeriksaan kenderaan menemui 3.326 kilogram MDMA berbentuk paket dalam kotak di tempat duduk penumpang.
  • Polis menyita kenderaan dianggarkan bernilai RM100,000, barang kemas 26 gram lebih RM18,000 dan wang tunai RM2,800. Jumlah rampasan dianggarkan melebihi RM600,000.
  • Siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti rangkaian pengedaran, sumber bekalan serta individu terlibat.
  • Kedua-dua suspek direman enam hari bermula 31 Oktober; kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Jasin, Supritendan Lee Robert berkata, kedua dua suspek yang masing-masing berusia 45 dan 32 tahun itu ditahan Jumaat lalu di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), dekat Merlimau di sini hasil maklumat dan risikan polis.

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang digunakan pasangan terbabit menemukan dadah jenis MDMA seberat 3.326 kilogram berbentuk paket dalam kotak di tempat duduk penumpang.

Selain itu, polis turut menyita kenderaan yang digunakan suspek, dianggarkan bernilai RM100,000, barang kemas seberat 26 gram bernilai lebih RM18,000 serta wang tunai berjumlah RM2,800.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM600,000

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian pengedaran sumber bekalan serta individu yang mungkin terlibat.

“Modus Operandi sindiket bagi kes berkenaan ialah menjadikan kedua-dua suspek yang terlibat sebagai pengantara untuk menghantar bekalan dadah sekitar Melaka.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan destinasi serta rangkaian pengedaran dadah tersebut,” katanya pada sidang media mengenai kes berkenaan pada Ahad.

Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula Sabtu (31 Oktober).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.