DS Fahmi rakam takziah pemergian ADUN Mata Ayer

Foto IG Fahmi Fadzil


KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkongsian dibuat melalui Instagram.
  • Mengucapkan salam takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan Allahyarham.
  • Berdoa semoga Allah SWT mengampuni dosa, merahmati rohnya dan menempatkannya di kalangan orang beriman.
  • Perkongsian diakhiri dengan bacaan surah al-Fatihah untuk Allahyarham.

Menerusi perkongsian di Instagram, beliau turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat serta rakan seperjuangan Allahyarham.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Perkongsian itu turut diakhiri dengan bacaan surah al-Fatihah buat Allahyarham.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.