Banjir: Semua PPS di daerah Yan ditutup

Foto APM Kedah

ALOR SETAR, 29 Oktober – Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Yan ditutup tengah hari tadi dan hanya satu PPS di daerah Pendang yang masih beroperasi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.

RINGKASAN BERITA AI
  • PPS Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Eng, SK Teroi dan Dewan Lestari Guar Chempedak ditutup.
  • Seramai 25 penduduk daripada 8 keluarga masih berlindung di Dewan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya.
  • PPS itu menempatkan mangsa banjir dari kampung Pulai dan Senggora, Mukim Bukit Raya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Eng, Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi dan dan Dewan Lestari Guar Chempedak ditutup pukul 1 tengah hari tadi .

Sementara itu di daerah Pendang, seramai 25 penduduk terjejas daripada 8 keluarga masih berlindung di Dewan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya.

PPS itu menempatkan penduduk terjejas banjir dari kampung Pulai dan Senggora Mukim Bukit Raya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.