KDN perkukuh imej, bina keyakinan rakyat

Usaha penjenamaan semula KDN merangkumi reputasi serta konsistensi dalam pelaksanaan tugas

PUTRAJAYA, 29 Oktober – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu semua jabatan dan agensi di bawahnya memperkukuh imej serta meningkatkan keyakinan rakyat kepada mutu perkhidmatan yang diberikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penjenamaan semula merangkumi identiti visual, pengalaman rakyat, reputasi dan konsistensi pelaksanaan tugas.
  • Perkhidmatan cekap, mesra, mudah diakses dan profesional penting untuk membentuk persepsi positif rakyat.
  • Warga KDN utamakan integriti, ketelusan dan penyampaian maklumat jelas; ketua jabatan semak KPI dan laksana penambahbaikan.

Jelas Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Awang Alik Jeman, usaha penjenamaan semula KDN bukan sekadar melibatkan identiti visual, malah merangkumi pengalaman rakyat, reputasi serta konsistensi dalam pelaksanaan tugas.

“Inilah masanya untuk kita jenamakan Kementerian Dalam Negeri agar masyarakat mempunyai keyakinan tinggi serta kepercayaan besar kepada kemampuan dan keupayaan kementerian dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik,”katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya.

Menurut beliau, perkhidmatan yang cekap, mesra, mudah diakses dan profesional penting dalam membentuk persepsi positif rakyat kepada kementerian.

Warga KDN juga perlu mengutamakan integriti, ketelusan dan konsistensi, selain memastikan penyampaian maklumat jelas, tepat serta mudah difahami.

Dalam pada itu, ketua-ketua jabatan diminta menyemak semula pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sasaran tahun ini dicapai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.