
BEIJING, 27 Oktober – Beberapa jenama utama China menamatkan kerjasama dengan Kylian Mbappe susulan video tular yang menunjukkan bintang bola sepak Perancis itu membuat gurauan mengenai bekas pemimpin negara berkenaan.
- Kerajaan China beri reaksi rasmi, menegaskan tindakan yang melukakan perasaan rakyat akan ditolak sebulat suara.
- Jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun berkata pihaknya mengambil maklum laporan berkaitan.
- Pernyataan menekankan penolakan terhadap kata dan tindakan yang menyinggung perasaan rakyat China.
Perkara itu turut mendapat reaksi rasmi kerajaan China yang menegaskan sebarang tindakan “melukakan perasaan” rakyatnya akan menerima penolakan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata, pihaknya mengambil maklum laporan berkaitan perkara berkenaan.
“Kata-kata dan tindakan yang melukakan perasaan rakyat China secara semula jadi akan menerima penolakan sebulat suara daripada semua lapisan masyarakat China,” katanya pada sidang media.
Video berkenaan memaparkan Mbappe, yang kini beraksi bersama Real Madrid, membuat gurauan berkaitan Mao Zedong. – AFP