Banjir Kedah: 176 penduduk masih berlindung di tiga PPS

Facebook: APM Negeri Kedah

KEDAH, 27 Oktober – Penduduk terjejas banjir di daerah Yan berkurangan kepada 176 orang daripada 66 keluarga berbanding 202 orang daripada 69 keluarga pada 12 tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesemua penduduk terjejas ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
  • PPS Sekolah Kebangsaan Teroi menempatkan 73 orang daripada 26 keluarga.
  • PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Eng menempatkan 45 orang daripada 22 keluarga.
  • PPS Dewan Lestari Guar Chempedak menempatkan 58 orang daripada 18 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah memaklumkan perkembangan setakat 4 petang, kesemua penduduk terjejas ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“73 orang daripada 26 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Teroi, 45 orang daripada 22 keluarga di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Eng dan PPS Dewan Lestari Guar Chempedak menempatkan 58 orang daripada 18 keluarga,” menurut sekretariat itu menerusi kenyataan.

Penduduk yang terjejas daripada Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.