
ROMPIN, 19 Oktober – Semua pengunjung di perairan pantai Pusat Taman Laut Pulau Tioman dinasihatkan agar berhati-hati susulan laporan diterima Pejabat Perikanan Negeri Pahang berhubung pengesanan kehadiran obor-obor di kawasan itu, pagi tadi.
- Obor-obor dikenalpasti sebagai Tropical Lion's Mane Jellyfish dengan tentakel panjang yang berpotensi menyebabkan sengatan serius.
- Pengunjung dinasihatkan berhati-hati semasa riadah pantai, snorkeling dan selam scuba; pakai pakaian bertutup atau pelindung sesuai.
- Jika terkena sengatan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.
Pengarah Perikanan Negeri Pahang Roslan Abu Hasan berkata, obor-obor jenis Tropical Lion’s Mane Jellyfish itu dikenali melalui tentakel yang panjang.
Sehubungan itu, pengunjung diingatkan untuk berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah pantai, snorkeling, selam scuba dan memakai pakaian bertutup keseluruhan atau bersesuaian bagi mengelakkan terkena sengatan obor-obor.
“Sekiranya terkena sengatan hidupan marin itu, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.