PESAKA Labuan perkukuh warisan silat Cengkam Harimau Ghaib

Foto RTM

LABUAN, 18 Oktober- Persatuan Pencak Silat Kebangsaan (PESAKA) Labuan terus memperkasa seni persilatan tradisional menerusi usaha memelihara keaslian perguruan Cengkam Harimau Ghaib, selain melahirkan pelapis muda berpotensi untuk mewakili Labuan ke peringkat lebih tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan Silat Seni Cengkam Harimau Ghaib 2026 menjadi platform menghargai jurulatih dan memelihara seni bela diri berusia 47 tahun.
  • Penganjuran kali kedua bertujuan memperkukuh perguruan dan menarik lebih ramai golongan muda menyertai seni tradisional.
  • Peranan jurulatih penting memastikan keaslian perguruan terus dipelihara selain membimbing generasi menjadi pewaris dan pelapis atlet.
  • Usaha berterusan diharap melahirkan pesilat berpotensi untuk mempersiapkan wakil Labuan menghadapi pertandingan peringkat lebih tinggi 2027; watikah dan sijil penghargaan disampaikan.

Komitmen itu dizahirkan menerusi penganjuran Kejohanan Silat Seni Perguruan Cengkam Harimau Ghaib 2026, yang turut menjadi platform menghargai sumbangan jurulatih dalam mewariskan seni bela diri berusia 47 tahun itu.

Yang Dipertua PESAKA Labuan, Mohd Khairul Abdul Ghani berkata penganjuran kejohanan itu buat kali kedua bertujuan memperkukuh perguruan berkenaan, di samping menarik lebih ramai golongan muda menyertai seni bela diri tradisional itu.

Menurutnya, peranan jurulatih penting dalam memastikan keaslian seni perguruan terus dipelihara, selain membimbing generasi muda menjadi pewaris dan pelapis atlet silat Labuan.

Beliau berkata usaha berterusan itu diharap dapat melahirkan lebih ramai pesilat berpotensi bagi mempersiapkan wakil Labuan menghadapi pertandingan pada peringkat lebih tinggi pada 2027.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian watikah dan sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta komitmen pihak yang terlibat dalam pembangunan seni persilatan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.