24 kawasan IPU tidak sihat, Pasir Gudang rekod bacaan tertinggi 196

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9.30 pagi ini, dengan kawasan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 196.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa kawasan Johor turut catat IPU tidak sihat, termasuk Larkin, Pengerang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Tangkak, Segamat dan Kluang.
  • Negeri Sembilan merekodkan IPU tidak sihat di Nilai, Seremban dan Port Dickson.
  • APIMS melaporkan 43 kawasan pada tahap sederhana dan hanya satu kawasan berada pada tahap baik.
  • Skala IPU dijelaskan: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, >300 berbahaya.

Menurut data terkini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak enam lagi kawasan di Johor turut melaporkan kualiti udara tidak sihat.

Kawasan berkenaan merangkumi Larkin dengan bacaan IPU 177, Pengerang (174), Kota Tinggi (172), Batu Pahat (170), Tangkak (168), Segamat (161), serta Kluang yang mencatatkan bacaan 159.

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan IPU 173, diikuti Seremban (172) dan Port Dickson (157).

Manakala di Selangor, Klang merekodkan bacaan 171, Johan Setia (170), Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing 169 serta Banting (153).

Kualiti udara tidak sihat turut melanda tiga kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka (169), Bukit Rambai (166) dan Alor Gajah (165).

Bagi Wilayah Persekutuan, Cheras dan Putrajaya masing-masing merekodkan bacaan 162, manakala Batu Muda mencatatkan 159.

Sementara itu di Sabah, dua kawasan turut terjejas iaitu Sandakan dengan bacaan IPU 156 dan Tawau (150).

Secara keseluruhan, APIMS melaporkan sebanyak 43 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, manakala hanya satu kawasan sahaja yang merekodkan kualiti udara pada tahap baik.

Sebagai peringatan, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), dan bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.