
KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia yang akan menyertai Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyeru atlet bawa semangat juang, keberanian dan tekad untuk persembahan terbaik.
- Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama kontinjen, sokongan moral untuk terus melangkah dan cipta kejayaan.
- Seruan agar atlet harumkan nama negara melalui prestasi cemerlang di temasya.
- Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 berlangsung 18 hingga 24 Oktober; kontinjen bersedia memberi yang terbaik.
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar menyeru atlet negara agar membawa semangat juang, keberanian dan tekad untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang temasya berkenaan.
“Seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama anda. Terus melangkah, cipta kejayaan dan harumkan nama negara!” katanya.
Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 akan berlangsung pada 18 hingga 24 Oktober ini.