Johor gesa ASEAN bertindak tangani jerebu rentas sempadan

Foto Facebook Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 16 Oktober – Kerajaan Negeri Johor mengulangi gesaan negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh tindakan bersama dalam mengawal kebakaran hutan dan tanah, memantau titik panas serta mencegah kejadian berulang yang boleh menyebabkan jerebu rentas sempadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkara dibangkitkan dalam mesyuarat penyelarasan bencana negeri selepas Johor alami jerebu 53 hari.
  • Beberapa kawasan merekodkan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, membimbangkan kesihatan serta kehidupan harian.
  • ASMC mengesan 453 titik panas di Kalimantan dan 153 di Sumatera, meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan.
  • Kerajaan negeri menyeru rakyat Johor berdoa agar negeri dan negara dilindungi daripada musibah dan bencana.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebook menyatakan perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat penyelarasan bencana peringkat negeri, susulan Johor berdepan episod jerebu selama 53 hari sejak 25 Ogos lalu.

“Beberapa kawasan di negeri ini turut merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan serta kehidupan seharian penduduk.

“Risiko jerebu rentas sempadan turut diberi perhatian susulan pengesanan 453 titik panas di Kalimantan dan 153 di Sumatera, berdasarkan maklumat Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) yang diterima kerajaan negeri,” menurut hantaran itu.

Aktiviti kebakaran di kawasan berkenaan berpotensi meningkatkan risiko jerebu sekiranya asap bergerak merentasi sempadan.

Kerajaan negeri turut menyeru rakyat Johor agar bersama-sama berdoa supaya negeri itu dan seluruh negara dilindungi daripada sebarang musibah serta bencana.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.