Malaysia, Singapura perkukuh kerjasama pendidikan

Foto FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Kerjasama pendidikan antara Malaysia dengan Singapura akan diperluas meliputi aspek penguasaan bahasa, pertukaran guru, teknologi digital serta jaringan sekolah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan antara Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek dan rakan sejawat Singapura Desmond Lee membincangkan pengukuhan kerjasama pendidikan.
  • Peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris murid melalui Program Sukarelawan Bahasa Inggeris Malaysia dan Singapura MSEVP.
  • Program pertukaran guru Bahasa Melayu untuk berkongsi pengalaman dan kaedah pengajaran antara kedua negara.
  • Perbincangan penggunaan kecerdasan buatan dalam pendidikan, perkongsian platform DELIMa, dan pengukuhan jaringan sekolah untuk pengalaman budaya murid.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Desmond Lee.

Tumpuan kerjasama termasuk peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid menerusi Program Sukarelawan Bahasa Inggeris Malaysia–Singapura (MSEVP).

Kerjasama turut meliputi program pertukaran guru Bahasa Melayu bagi membolehkan perkongsian pengalaman serta kaedah pengajaran.

“Kami turut membincangkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan, termasuk perkongsian pengalaman Malaysia melalui platform pembelajaran digital DELIMa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Datuk Seri Fadhlina turut menyatakan, program jaringan sekolah antara Malaysia dengan Singapura juga akan diperkukuh bagi memberi peluang kepada murid mengenali budaya serta belajar bersama rakan dari negara jiran.

Kerjasama itu, katanya, perlu memanfaatkan kekuatan masing-masing serta memberi impak langsung kepada murid dan guru.

“Setiap negara mempunyai kekuatan tersendiri dalam pendidikan. Banyak perkara yang boleh kita kongsikan dan pelajari bersama,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.