PBB beri amaran subsidi berbahaya promosi kemusnahan

Foto Fail AFP

PARIS, 16 Oktober – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan kepincangan serius dalam pembiayaan alam sekitar dunia apabila dianggarkan sebanyak AS$30 masih disalurkan ke dalam aktiviti yang merosakkan ekosistem bagi setiap satu dolar yang dilaburkan untuk pemuliharaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • PBB mendedahkan kepincangan serius dalam pembiayaan alam sekitar global.
  • Guterres mengecam kerajaan gagal kurangkan subsidi berbahaya bahan api fosil, perlombongan, pembalakan bernilai AS$500 bilion setahun.
  • Beliau memberi amaran alam tidak boleh pulih hanya dengan niat baik; perlu tindakan tegas membendung pengaruh industri komersial.
  • Isu kepincangan dana akan menjadi agenda tumpuan pada persidangan COP17 kepelbagaian biologi di Armenia minggu depan.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres mengecam tindakan kerajaan yang masih belum menunjukkan kemajuan dalam mengurangkan subsidi berbahaya seperti insentif untuk industri bahan api fosil, perlombongan dan pembalakan yang bernilai AS$500 bilion (RM2.15 trilion) setahun.

Beliau memberi amaran bahawa alam sekitar tidak boleh pulih sekadar dengan niat baik tanpa tindakan tegas membendung pengaruh industri komersial yang terlalu dominan dalam dasar kerajaan.

Isu kepincangan dana ini bakal menjadi agenda tumpuan pada persidangan rundingan kepelbagaian biologi PBB (COP17) di Armenia, minggu depan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.