
KUCHING, 14 Oktober – Semua sekolah atau institusi pendidikan bawah seliaan Kementerian Pendidikan di Sarawak akan beroperasi seperti biasa esok.
- Aktiviti luar semua murid dihentikan jika bacaan Indeks Pencemar Udara melebihi 100.
- Pelajar digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah penjagaan kesihatan susulan keadaan jerebu.
- Ibu bapa atau penjaga boleh tidak menghantar anak jika bimbang tentang kesihatan, tetapi mesti memaklumkan pihak sekolah.
Kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan, sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Bagi sekolah atau institusi pendidikan yang berada dalam kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan semua murid atau pelajar hendaklah dihentikan.
“Pelajar yang hadir ke sekolah atau institusi pendidikan digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah penjagaan kesihatan susulan keadaan jerebu semasa,” jelasnya.
Menurut kenyataan sama, ibu bapa atau penjaga dibenarkan untuk tidak menghantar anak bawah jagaan masing-masing ke sekolah sekiranya terdapat kebimbangan terhadap kesihatan mereka susulan keadaan jerebu yang masih melanda beberapa lokasi di Sarawak.
Bagaimanapun, mereka diminta membuat pemakluman kepada pihak sekolah.