Harimau Malaya bakal diuji China, Yaman di Guangzhou November ini

Skuad Harimau Malaya/Foto Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Skuad Harimau Malaya dijadualkan menghadapi perlawanan persahabatan Tier 1 menentang China dan Yaman di Guangzhou, China pada November ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • China duduki tangga ke-96, Yaman ke-144, Malaysia di tangga ke-133 menurut kemas kini ranking FIFA.
  • Perlawanan ini sebahagian persiapan skuad kebangsaan untuk pendedahan kompetitif dan memperkukuh persediaan menghadapi cabaran akan datang.
  • Presiden FAM kata perlawanan penting untuk mengumpul mata ranking serta memburu kedudukan undian lebih baik bagi kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2032.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan badan induk bola sepak negara itu menerima makluman terkini hari ini daripada Persatuan Bola Sepak China (CFA) yang mengesahkan Malaysia akan menentang China pada 14 Nov sebelum bertemu Yaman pada 17 Nov.

“Mengikut kemas kini terbaharu ranking FIFA, China menduduki tangga ke-96 dunia, Yaman tangga ke-144 dunia manakala Malaysia menghuni tangga ke-133 dunia.

“Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan skuad kebangsaan dalam usaha mendapatkan pendedahan kompetitif di peringkat antarabangsa serta memperkukuh persediaan pasukan bagi menghadapi cabaran akan datang,” menurut FAM.

FAM sebelum ini memaklumkan Malaysia sepatutnya mengharungi dua perlawanan persahabatan Tier 1 menentang China di Guangzhou pada 14 dan 17 Nov sebagai sebahagian daripada persiapan pasukan kebangsaan untuk meningkatkan kedudukan ranking dunia.

Presiden FAM Datuk Ab Ghani Hassan berkata dua perlawanan itu penting dalam usaha Harimau Malaya mengumpul mata ranking selain memburu kedudukan balang undian yang lebih baik bagi kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2032.

Perlawanan kedua bagaimanapun digantikan dengan aksi bertemu Yaman. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.