Tragedi roller coaster di Georgia ragut satu nyawa

Foto AFP

WASHINGTON, 13 Oktober – Seorang pengunjung maut manakala beberapa yang lain cedera dalam insiden membabitkan permainan roller coaster di sebuah taman tema terkenal di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden di Six Flags Over Georgia.
  • Pengurusan Six Flags memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan.
  • Sebagai langkah berjaga jaga, operasi sembilan roller coaster serupa digantung di enam taman tema di seluruh Amerika Utara.

Pihak berkuasa tempatan masih belum mengesahkan punca kematian mangsa atau kecederaan pengunjung lain dalam kejadian yang berlaku di taman tema Six Flags Over Georgia berkenaan.

Pengerusi Daerah Cobb, Lisa Cupid mengesahkan pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian terbabit.

Sementara itu, jurucakap Six Flags memberitahu media bahawa pihak pengurusan taman tema telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan berkenaan.

Susulan insiden tersebut, pengendali taman tema berkenaan bertindak menggantung operasi sembilan permainan roller coaster yang mempunyai reka bentuk serupa di enam taman temanya di seluruh Amerika Utara sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut maklumat pada laman web taman tema itu, roller coaster Goliath mampu mencapai kelajuan tertinggi hingga 113 kilometer sejam serta ketinggian hingga 61 meter.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.