33 ‘projek sakit’ JKR setakat 30 September

Bangunan Aktiviti Setia Perdana di Presint 10, di Putrajaya, antara projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dikategorikan sebagai projek sakit/Foto Facebook Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Oktober — Sebanyak 33 daripada 875 projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit setakat 30 September lalu, membabitkan nilai kontrak RM40.7 bilion.

RINGKASAN BERITA AI
  • 77 peratus projek sakit berpunca daripada kelemahan pengurusan kontraktor, terutama perancangan, penyelarasan tapak, tenaga kerja dan pengurusan jentera serta bahan.
  • KKR dan JKR menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Projek Sakit yang bermesyuarat setiap bulan untuk memantau projek bermasalah.
  • Jawatankuasa meneliti status kemajuan dan langkah mitigasi bersama agensi awam, pihak berkuasa tempatan dan agensi utiliti berkaitan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, 77 peratus daripada projek berkenaan berpunca daripada kelemahan pengurusan kontraktor.

“Berdasarkan analisis terhadap 33 projek sakit tersebut, 77 peratus adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan pihak kontraktor, khususnya dari aspek perancangan dan penyelarasan kerja di tapak yang kurang berkesan, tenaga kerja yang tidak mencukupi serta kelemahan dalam pengurusan jentera dan bekalan bahan binaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Bagi memastikan projek bermasalah terus dipantau, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Projek Sakit yang bermesyuarat setiap bulan.

Jawatankuasa itu meneliti status kemajuan projek serta langkah mitigasi bersama agensi awam, pihak berkuasa tempatan dan agensi utiliti berkaitan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.