Kesatuan Wartawan Palestin kecam serangan Israel terhadap media

Jurugambar AFP, Jaafar Ashtiyeh cedera dipukul oleh tentera Israel di Aqraba, Tebing Barat ketika membuat liputan di ladang zaitun/Foto AFP

RAMALLAH, 7 Oktober — Kesatuan Wartawan Palestin mengecam serangan terhadap wartawan oleh tentera Israel dan kumpulan peneroka di Tebing Barat utara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurugambar Agence France-Presse Jaafar Ashtiyeh dilaporkan cedera parah; peralatan kewartawanan beliau dirosakkan dan dirampas.
  • Dua wartawan, Mohammad Atiq dan Mohammad Abed, ditahan tentera semasa membuat liputan persiapan mencabut pokok zaitun di tanah Anza.
  • Kesatuan menggesa badan antarabangsa mengecam serangan dan menyediakan perlindungan segera untuk wartawan di lapangan.

Seorang jurugambar Agence France-Presse (AFP), Jaafar Ashtiyeh, dilaporkan cedera parah selepas diserang sekumpulan peneroka berhampiran Aqraba, tenggara Nablus, ketika membuat liputan serangan terhadap pekerja yang sedang menuai buah zaitun.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), peralatan kewartawanan Ashtiyeh turut dirosakkan dan dirampas.

Sementara itu, dua wartawan, Mohammad Atiq dan Mohammad Abed pula dilaporkan ditahan tentera Israel ketika kedua-duanya membuat liputan persiapan tentera untuk mencabut pokok zaitun di tanah milik penduduk Anza, selatan Jenin.

Kesatuan itu menggesa badan antarabangsa mengecam tindakan berkenaan serta menyediakan perlindungan segera kepada wartawan di lapangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.