Kos sara hidup, pendapatan jadi kebimbangan rakyat – INPUMA

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 Oktober –Tekanan kos sara hidup dan tahap pendapatan semasa antara kebimbangan utama rakyat yang dikenal pasti menerusi siri Wacana Awam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

RINGKASAN BERITA AI
  • RMK-13 perlu fokus meningkatkan kualiti hidup dan peluang pekerjaan bagi manfaat nyata kepada masyarakat.
  • Dapatkan pandangan masyarakat akar umbi untuk menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan impak kepada kehidupan harian.
  • Pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan seperti jalan raya dan pendidikan mesti memberi peningkatan kualiti hidup yang dapat dirasai.
  • Penilaian RMK-13 harus melihat perubahan dirasai rakyat, memastikan peluang kerja menawarkan gaji munasabah dan memenuhi keperluan pelbagai lapisan.

Ketua Perunding Bersama Projek Wacana Awam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) Prof Kolonel (K) Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata dapatan itu menunjukkan rakyat mahu pelaksanaan RMK-13 memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti kehidupan dan pekerjaan, selain memastikan pembangunan yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata dapatan Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya (UM) itu turut menekankan kepentingan mendapatkan pandangan masyarakat di peringkat akar umbi bagi menilai keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan.

“Sebagai contoh, adakah kualiti hidup harian mereka semakin baik termasuk kemudahan infrastruktur seperti keadaan jalan raya yang digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja.

“Selain itu, kita perlu memastikan peluang pekerjaan yang diwujudkan benar-benar berada dalam sektor yang menawarkan kadar gaji munasabah.

“Pada masa yang sama, pembangunan yang dirancang kerajaan mestilah meraikan perbezaan serta memenuhi keperluan khusus pelbagai lapisan masyarakat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.

Mengulas isu yang paling banyak dibangkitkan masyarakat menerusi siri Wacana Awam RMK-13, beliau berkata tekanan kos sara hidup dan tahap pendapatan semasa antara kebimbangan utama rakyat.

“Isu yang banyak diberi perhatian ialah kos kehidupan. Sejauh manakah gaji yang diperoleh pada masa kini mampu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat?

“Selain itu, penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan, misalnya dalam aspek pendidikan anak-anak, perlu benar-benar memberikan keyakinan kepada ibu bapa dan rakyat terhadap masa depan mereka dalam konteks RMK-13.

“Justeru, kita perlu menilai sejauh mana pelaksanaan pembangunan yang dirancang benar-benar dapat memberikan nilai tambah serta meningkatkan kualiti kehidupan dan pekerjaan rakyat,”jelasnya.

Menurut beliau, penilaian terhadap pelaksanaan RMK-13 tidak seharusnya hanya berdasarkan jumlah peruntukan pembangunan, sebaliknya perlu melihat perubahan yang dirasai rakyat dalam kehidupan seharian.

“Sebagai contoh, adakah kualiti hidup harian mereka semakin baik termasuk kemudahan infrastruktur seperti keadaan jalan raya yang digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja.

“Selain itu, kita perlu memastikan peluang pekerjaan yang diwujudkan benar-benar berada dalam sektor yang menawarkan kadar gaji munasabah.

“Pada masa yang sama, pembangunan yang dirancang kerajaan mestilah meraikan perbezaan serta memenuhi keperluan khusus pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata dapatan berkenaan merupakan sebahagian daripada projek yang dilaksanakan sejak setahun lalu bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan mengenai isu semasa ekonomi dan sosial.

Dapatan itu akan diketengahkan dalam Persidangan Wacana Awam RMK-13: Hala Tuju dan Cabaran yang berlangsung esok di ibu negara.

Persidangan itu dijadual dirasmikan Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi, Datuk Dr Zunika Mohamed akan menyampaikan ucaptama bertajuk “Aspirasi Rancangan Ketiga Belas: Reformasi Tata Kelola Awam, Kesejahteraan Rakyat dan Daya Tahan Negara”.

Lima pembentangan dijadual berlangsung sepanjang persidangan berkenaan, antaranya oleh Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Abdul Kahar Abdullah serta Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara, Dr Azmir Mohd Yunus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.