Taiwan terima jet pejuang F-16V buatan AS pertama

Foto/AFP

TAITUNG 2 Oktober – Taiwan menerima dua jet pejuang F-16V buatan Amerika Syarikat (AS) yang pertama pada Jumaat, sebagai sebahagian usaha meningkatkan keupayaan pertahanan pulau itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesawat termasuk dalam perjanjian AS$8 bilion untuk pembelian 66 F-16V, diluluskan semasa penggal pertama Presiden Trump, penghantaran dijadual tahun ini.
  • Taiwan menunggu kelulusan Washington bagi pakej senjata berasingan bernilai AS$14 bilion.
  • China menganggap Taiwan sebahagian wilayahnya, membantah penjualan senjata AS dan mengancam menggunakan kekerasan untuk mengambil alih pulau itu.

Kedua-dua pesawat berkenaan mendarat di pangkalan Tentera Udara Taiwan di Taitung, di pantai tenggara pulau itu, pada tengah hari waktu tempatan, menurut wartawan AFP.

Pesawat berkenaan adalah sebahagian daripada perjanjian bernilai AS$8 bilion bagi pembelian 66 pesawat F-16V yang diluluskan ketika penggal pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan dijadualkan untuk penghantaran tahun ini.

Taiwan juga menunggu kelulusan Washington bagi pakej senjata berasingan bernilai AS$14 bilion.

China mendakwa Taiwan sebahagian daripada wilayahnya dan mengancam menggunakan kekerasan untuk mengambil alih pulau berkenaan, selain membantah penjualan senjata AS kepada Taiwan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.