Jawatankuasa Khas HTF30 serah laporan interim hala tuju Kumpulan Felda kepada PM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 29 September – Jawatankuasa Khas Pelan Strategik Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 (Jawatankuasa Khas HTF30) telah menyerahkan laporan mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 September lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan interim diserahkan sebagai status terkini untuk perhatian dan pertimbangan Perdana Menteri.
  • Penyerahan merupakan susulan kenyataan media mengenai penyediaan laporan interim pelaksanaan Pelan Strategik FELDA 2025-2030.
  • Jawatankuasa Khas akan terus menjalankan mandatnya mengkaji dan meneliti pelan strategik bagi mencapai objektif Hala Tuju Kumpulan FELDA.

Jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan interim berkenaan diserahkan sebagai status terkini untuk perhatian dan pertimbangan sewajarnya Perdana Menteri.

“Penyerahan laporan berkenaan susulan kenyataan media bertarikh 11 September 2026 berhubung penyediaan laporan interim bagi pelaksanaan Pelan Strategik Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030,” menurut kenyataan sama.

Katanya, Jawatankuasa Khas HTF30 akan terus menjalankan mandatnya untuk mengkaji dan meneliti pelan strategik yang telah disediakan bagi mencapai objektif Hala Tuju Kumpulan FELDA.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.