
PARLIMEN, 29 September – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 10 September 2026 hingga 9 September 2029.
- Menggantikan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.
- Fokus membawa usaha memperkukuh TVET, meningkatkan peluang pekerjaan dan memacu pembangunan ekonomi Perak untuk mengurangkan penghijrahan anak muda.
- Dipilih mewakili Perak selepas mendapat sokongan majoriti ADUN, memperoleh 33 undi berbanding 26 undi lawan.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Dewan Negara, di sini.
Mohamad Hairul Amir dipilih bagi menggantikan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang telah tamat tempoh penggal pada 24 Mei lalu.
Antara fokus yang mahu dibawa beliau ke Dewan Negara termasuk memperkukuh TVET, peluang pekerjaan serta pembangunan ekonomi Perak, khususnya bagi mengurangkan penghijrahan anak muda ke negeri lain.
Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Perak selepas dipilih majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.
Pemilihan Mohamad Hairul Amir diumum Speaker DUN, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid selepas mendapat 33 undi mengatasi Muhammad Zulkifli yang memperoleh 26 undi.