
SUNGAI PETANI, 29 September -Peringkat ketiga LTdl bermula dari Sungai Petani membabitkan kayuhan sejauh 189.7 kilometer menuju ke Kuala Kangsar.
- Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari melepaskan semua pelumba di Taman Jubli Perak kira-kira pukul 10.00 pagi.
- Laluan melalui Baling, JRTB Fasa II, Gerik, Pekan Gerik, Lawin, Lenggong dan Tasik Raban sebelum ke Kuala Kangsar.
- Laluan rata dan berbukit landai memberi kelebihan kepada pelumba pecut tetapi beralun membuka peluang meloloskan diri daripada kelompok utama.
Kesemua pelumba dari 20 pasukan dilepaskan oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari di Taman Jubli Perak, Sungai Petani kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.
Para pelumba akan bergerak melalui Baling,Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa II menghala ke Gerik.
Pelumba kemudiannya akan melalui Pekan Gerik, Lawin, Lenggong, Tasik Raban sebelum ke kuala Kangsar melalui Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu.
Laluan peringkat ketiga yang antara paling jauh dalam edisi kali ini merangkumi kawasan rata serta berbukit landai di Kedah dan Perak.
Keadaan itu dijangka memihak kepada pelumba pecut, namun laluan beralun turut membuka peluang kepada pelumba untuk melakukan pecutan dan meloloskan diri daripada kelompok utama.
LTdL 2026 yang bermula di Shah Alam pada Ahad lepas membabitkan lapan peringkat dengan jarak keseluruhan 1,285.5 kilometer sebelum melabuhkan tirai di Putrajaya pada 4 Oktober.