AKPS perkasa kesiapsiagaan KLIA sambut delegasi, kru F1

Foto RTM

SEPANG, 28 September  – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mempertingkat kesiapsiagaan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan urusan ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Sepang berlangsung lancar, teratur dan selamat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fokus kepada pengurusan aliran masuk penumpang lebih efisien tanpa menjejaskan kawalan sempadan dan keselamatan negara.
  • Delegasi dibahagikan kepada petugas dan VVIP yang akan menggunakan Terminal Bunga Raya.
  • Penyediaan kaunter khas, penguatkuasaan ketat dan dokumen wajib lengkap untuk kemasukan tanpa kompromi terhadap keselamatan.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata tumpuan utama adalah mengurus aliran kemasukan penumpang dengan lebih efisien, tanpa menjejaskan prosedur kawalan sempadan serta aspek keselamatan negara.

“Kru dan delegasi, khususnya kru, hampir 90 peratus sudah tiba. Delegasi terbahagi kepada dua, iaitu delegasi petugas dan delegasi VVIP yang akan menggunakan Terminal Bunga Raya.”

“Kita akan memudahkan urusan kemasukan dengan menyediakan kaunter khusus. Bagaimanapun, dari segi keselamatan, kita tidak berkompromi. Penguatkuasaan tetap dilaksanakan dan dokumen hendaklah lengkap untuk masuk ke negara ini”, katanya demikian kepada pemberita di KLIA hari ini.

Langkah kesiapsiagaan itu bukan sahaja memastikan kelancaran kemasukan ribuan delegasi F1, malah memperlihatkan komitmen AKPS dalam memperkukuh keselamatan pintu masuk negara, seiring kesiapsiagaan Malaysia sebagai tuan rumah acara sukan bertaraf dunia itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.